1. Kemampuan melupakan hal-hal yang tidak disenangi adalah suatu nikmat, mengingat nikmat-nikmat adalah kebaikan, dan tidak memikirkan kekurangan orang lain adalah satu keutamaan.
2. Kepedihan dalam mencapai cita-cita adalah nikmat, keletihan dalam mewujudkan obsesi adalah ketenangan, peluh kerana kerja adalah pewangi, dan pujian yang baik adalah wewangian yang semerbak.
3. Janganlah menjadi kepala, kerana kepala itu sering pening. Janganlah mencari kemasyhuran, kerana kemasyhuran itu ada uftinya. Sementara kecukupan tanpa kemasyhuran itu adalah kebahagiaan.
4. Orang yang tidak bahagia di rumahnya tidak akan bahagia di tempat lain. Orang yang tidak dicintai keluarganya nescaya tidak akan dicintai siapa pun. Orang yang menyia-nyiakan hari ini akan menyia-nyiakan hari esok.
5. Berbahagialah sekarang juga, kerana anda tidak terjamin akan terus hidup. Anda tidak mempunya jaminan akan selamat dari perubahan zaman. Maka janganlah jadikan kegelisahan sebagai mata wang anda serta kebahagiaan sebagai hutang anda.
6. Jangan mengucapkan kata-kata yang kamu akan menyesalinya.
7. Jangan sekali-kali menaruh harapan pada sesuatu yang ada dalam kekuasaan manusia.
8. Jika suatu saat fikiranmu diliputi kekalutan, atau hatimu dibayangi kesedihan, atau keluarga dan hartamu meninggalkanmu maka jangan sekali-kali merasa putus asa kerana boleh jadi Allah S.W.T. telah mempersiapkan di sebalik itu kebaikan yang banyak bagimu.
9. Hari kelmarin telah tiada. Hari ini sedang berlangsung. Sementara hari esok belum lahir. Harimu adalah hari ini maka isilah ia dengan ketaatan nescaya engkau akan mendapat keberuntungan.
10.Apa yang menurutmu menyusahkan pada awalnya boleh jadi malah menghasilkan kebahagiaan pada akhirnya, seperti mendung di langit yang awalnya berkecamuk, kilat dan petir yang menakutkan, tetapi akhirnya adalah butiran-butiran hujan yang membawa penghidupan.
P/S: Your inner self is the best motivator because only you listen to it and you have to comply with it. ;)